top of page

Mengenai Kami

Kedai Kerepek Paroi terletak di Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Kedai kami beroperasi setiap hari pada jam 7.30 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari ahad kedai dibuka pada jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang. Kami adalah pusat sehenti "ONE STOP CENTRE" bagi produk-produk tradisional melayu. Kami juga mengeluarkan dua produk dibawah syarikat kami iaitu kerepek ubi pedas basah dan kacang salut.

    Perniagaan menjual kerepek bermula sejak tahun 1990 di rumah kami. Pada tahun 1994, kami memulakan perniagan di sebuah lot rumah kedai di Taman paroi Jaya, Seremban dan jualan dilakukan secara borong. Pada 1999, kami memulakan jualan secara runcit dan masih meneruskan jualan secara borong. Premis kami dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tempat pemprosesan dan tempat jualan. Pada 2007, kami menambah satu lagi unit rumahkedai yang mana ia digunakan untuk memproses produk dan rumahkedai asal kami digunakan khusus untuk jualan sahaja. Pada Mac 2019, Pusat jualan berpindah ke premis yang lebih besar iaitu hasil gabungan dua unit rumahkedai. Premis lama telah diubah menjadi setor untuk menyimpan produk jualan.

Rangkaian Pemasaran

Kami menjual produk keluaran sendiri iaitu Kerepek ubi pedas basah dan kacang salut, serta memborong produk lainnya yang diperoleh daripada pengeluar tempatan yang meliputi lebih kurang 100 orang usahawan kecil sekitar daerah Negeri Sembilan dan lain-lain daerah di semenanjung untuk dijual semula kepada pengguna, peruncit, pengedar dan pemborong,  secara borong ataupun runcit. dan lebih dari 250 jenis produk boleh diperolehi di kedai kami di Taman Paroi Jaya.

Pelbagai kategori produk boleh diperolehi di kedai kami, antaranya ialah :

  • Kerepek

  • Produk-produk tradisional

  • Biskut, Kek, dan Roti.

  • Pes dan rempah ratus

  • Kekacang

  • Keropok

  • Makanan sejuk beku

  • Biskut dan kuih raya

  • Kicap, sos dan sambal

  • Produk-produk eksotik

  • Produk-produk dari negara Arab

  • Ubat-ubatan sunnah

  • Dan banyak lagi....

G A L E R i

Maklumat lanjut, hubungi :

No telefon : 06-678 7078

Whatsapp : +60123361736 (En. Hakim)

54512185_2251166915150430_13354134366532

Est 1990

©2019 by Foodies Mantul UPM. 

bottom of page